Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Agensi Pelancongan Miliki Lesen Khas Dibenar Kendali Pakej Umrah

MARAN  - Hanya syarikat dan agensi pelancongan yang mempunyai lesen khas di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dibenarkan untuk mengendalikan pakej umrah di negara ini.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ejen-ejen yang memiliki lesen khas telah mendapat latihan dan mahir dalam pakej umrah dengan pihak kementerian sebelum dibenarkan menerima pendaftaran orang ramai.

"Pendekatan yang lebih ketat ini dilakukan bagi mengelakkan ramai daripada mereka yang berminat untuk menunaikan umrah ditipu oleh ejen-ejen palsu dan tidak berdaftar.

"Kementerian memandang serius masalah ini kerana banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan dan ia membabitkan masalah kewangan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Puteri UMNO Kuala Krau di Dewan Semai Bakti, Felda Jengka 23.

(Sumber -Bernama)