Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

Lori Tangki Bawa Asid Kimia Terbalik Di Senawang

SEREMBAN  - Seorang pemandu lori tangki yang membawa muatan asid kimia maut apabila lori yang dipandunya terbalik dalam kemalangan dengan sebuah kereta di KM251.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran tol Senawang awal pagi ini.

Pemandu berkenaan Surazru Mohamed Sakeri, 37, maut di tempat kejadian. Kemalangan itu juga menyebabkan dua wanita dalam lingkungan 30 an yang menaiki kereta Toyota Vois cedera parah.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat negeri Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata dalam kemalangan pada 3 pagi itu, pasukan Hazmat menyembur buih ke atas lori tangki yang terbalik itu sebagai langka berjaga-jaga ekoran asid yang tertumpah di jalan raya.

Beliau berkata kemalangan itu menyebabkan trafik ke arah selatan sesak sehingga empat kilometer dan kini kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan.

(Sumber - Bernama)