Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

Gempa Bumi Kuat Gegar Mindoro, Filipina

KUALA LUMPUR - Gemba bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter menggegarkan Mindoro, Filipina pada pukul 1.28 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gempa itu berpusat di 13.9 darjah utara dan 121.2 darjah timur, utara dari Bandar Lipa, Filipina dan 915km ke timur laut Kudat, Sabah.

Gempa itu tidak menimbulkan ancaman tsunami, kata kenyataan itu.

((BERNAMA))