Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Gangguan Bekalan Air Di Rawang, Gombak Pada 15 Ogos

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Rawang dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan, masing-masing di Kolam Air Batu 19 ¼, Rawang dan Taman Melawati, di sini Selasa depan (15 Ogos).

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor Amin Lin Abdullah dalam kenyataan berkata kerja-kerja penggantian perkakasan di Rawang bermula pada 8 pagi Selasa depan sehingga 12 tengah malam keesokan harinya.

Gangguan bekalan air di 19 kawasan di Rawang melibatkan Bandar Country Homes, Jalan Kuala Garing, Kampung Sungai Bakau, Taman Teknologi, Kota Emerald, Puteri Heights, Taman Industri Rawang Integrated, Rawang Tin, Emerald West dan Taman Anggun 1, 2 dan 3.

Kawasan lain yang turut terlibat ialah Pusat Membeli-Belah AEON, Taman Desa Kuala Garing, Taman Garing Jaya, Taman Garing Permai, Taman Garing Utama, Taman Pelangi, Taman Velox, Taman Bayu Permai dan Rawang Indah.

Menurut kenyataan itu, satu lagi kerja penggantian perkakas turut dijalankan di Kolam Air Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung dan ia akan mengakibatkan keseluruhan Taman Bunga Raya mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 8 pagi sehingga 10 malam Selasa depan.

Sementara itu, sebanyak 25 kawasan di Gombak akan mengalami gangguan air sementara bermula 10 malam pada Selasa depan sehingga 5 pagi keesokan harinya.

Kawasan terlibat ialah Jalan Taman Melawati, Jalan Taman Melawati 5, Jalan K1, Jalan K2, Jalan K3, Jalan K4, Jalan K5, Jalan K6, Jalan J1, Jalan J2, Jalan J3, Jalan J4, Jalan J5, Jalan J6, Jalan J7, Jalan J9, Jalan J10, Jalan J11, Jalan J12, Jalan J13, Jalan J14, Jalan J15, Jalan J16, Jalan Melawati 5A dan Jalan Melawati 5B.

((BERNAMA))