Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Harga tawaran tanah Kampong Bharu, harga menarik tiada alasan untuk tolak

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Harga RM43.5 juta seekar atau seribu ringgit satu kaki persegi merupakan tawaran yang menarik buat pemilik tanah yang terlibat dengan projek pembangunan semula di Kampong Bharu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menjelaskan tidak ada alasan pemilik tanah yang terlibat menolak tawaran tersebut.

Beliau ditemui media selepas menyempurnakan Baucer Bantuan Persekolahan Riang Ria Kembali Ke Sekolah Yayasan Wilayah Persekutuan 2019 di ibu negara.