Logo

Rapid Penang tambah kapasiti perkhidmatan bas dan aspek kebersihan diutamakan

GEORGETOWN, 8 Mei - Rapid Penang bersedia sepenuhnya memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat susulan pelaksanaan Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini.

Selain menambah kapasiti perkhidmatan bas, aspek kebersihan turut diutamakan dalam memastikan keselamatan penumpang kekal terjaga.

Menurut Ketua Rapid Penang, Ahmad Shabuddin Abdullah, hampir 240 buah bas digerakkan sehari, sebagai persediaan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi di negeri ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau operasi bas Rapid Penang di Terminal Bas Pangkalan Weld hari ini.

Sementara itu, operasi perkhidmatan bas turut dijadualkan semula iaitu bermula seawal 6.30 pagi sehingga 10.30 malam setiap hari.

Sebelum ini, semasa penguatkuasaan PKP, perkhidmatan Rapid Penang hanya beroperasi pada waktu puncak iaitu 6 hingga 10 pagi dan 4 petang hingga 10 malam.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.