Monday, December 16, 2019
updated 6:07 AM UTC, Dec 16, 2019

Keputusan PRK Tanjung Piai, PH akan lakukan Post-Mortem secara terperinci

  • Published in Nasional

PONTIAN - Pakatan Harapan, PH akan melakukan satu 'post-mortem’ terperinci bagi mengenal pasti punca kekalahannya pada Pilihan Raya Kecil PRK Parlimen Tanjung Piai.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat Tanjung Piai, walaupun sebelum ini sudah menjangkakan bahawa majoriti akan beralih arah ke pihak lawan.

Beliau ambil maklum dan menerima keputusan itu dengan terbuka kerana itu pilihan pengundi di Tanjung Piai.

Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja keras sepanjang kempen dan pilihan raya kecil Tanjung Piai.