Logo

Empat lelaki positif dadah berjaya ditahan selepas setengah jam melanggar sekatan jalan raya

KOTA TINGGI, 8 Mei - Empat lelaki tempatan yang melanggar sekatan jalan raya Kilometer 49.5 Lebuhraya Senai-Desaru, Kota Tinggi, Johor berjaya ditahan 30 minit selepas
kejadian.

Mereka ditahan polis di sebuah hotel di Taman Desaru Utama, Kota Tinggi, kira-kira dua pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah, melalui satu kenyataan berkata, polis merampas sebuah kereta, dadah jenis ganja seberat 2.4 gram dan 23 biji Eramin Five.

Kesemua suspek positif dadah dan dua daripada mereka memiliki rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah.

Semua suspek berusia 23 dan 24 tahun itu direman empat hari hingga 10 Mei.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 29 Akta Polis 1967, serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(C) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.