Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Tidak perlu bubar parlimen, kerajaan ada mandat untuk terus berkhidmat kepada rakyat

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kekalahan PH dalam beberapa pilihan raya kecil tidak bermakna PH sudah kehilangan sokongan rakyat secara keseluruhan.

Beliau berkata tiada keperluan untuk kerajaan membubarkan Parlimen atas desakan pihak pembangkang yang dilihat cuba menangguk di air keruh.

Beliau menegaskan demikian dalam sidang media di lobi Parlimen.

Datuk Seri Anwar mengulas kenyataan Ketua Pembangkang,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa PH membubarkan parlimen atas alasan rakyat sudah hilang keyakinan terhadap kerajaan, terutama dengan kekalahan di pilihan raya kecil Tanjung Piai, Sabtu lalu.