Logo

3,905,453 kes jangkitan, 270,123 kematian di seluruh dunia

WASHINGTON, 8 Mei - Angka korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat sehingga meragut lebih 270- ribu nyawa.

Jumlah jangkitan pula mencecah lebih tiga juta 900-ribu kes.

Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk diancam virus maut itu dengan jangkitan melebihi 1.2 JUTA kes manakala kematian melebihi 76 ribu orang.

Diikuti Itali yang mencatatkan bilangan kematian kedua tertinggi dengan 29-ribu orang manakala Sepanyol dengan jumlah jangkitan kedua paling banyak iaitu melebihi 250-ribu kes

Virus maut itu telah merebak ke 212 negara sejak pertama kali muncul di China pada Disember tahun lepas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan , COVID-19 adalah virus semula jadi selepas Presiden Donald Trump mendakwa telah melihat bukti bahawa ia berasal daripada sebuah makmal di China

China mengisytihar 4 ribu 633 kematian dengan lebih 82 ribu kes jangkitan COVID-19.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.