Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

COVID-19: Golongan berisiko ambil langkah proaktif jaga kesihatan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 8 Mei - Kanak-kanak merupakan golongan berisiko mendapat jangkitan virus COVID SEMBILAN BELAS.

Tegas Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Malaysia, Dr Siti Sara Yaacob ; Ibubapa diharapkan mengambil langkah proaktif supaya menjaga kesihatan anak-anak agar tidak dijangkiti virus tersebut bagi memutuskan rantaian jangkitan.

Ibubapa diminta tidak menggunakan kesempatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini yang membolehkan satu kenderaan dinaiki empat orang sekeluarga bagi membawa keluar kanak-kanak dari rumah sekiranya tiada keperluan berbuat demikian.

namun ibubapa boleh membawa kanak-kanak bersama sekiranya melibatkan urusan penting yang tidak boleh dielakkan.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu program Bicara Diari Rawat di Angkasapuri.