Logo

9 Inisiatif CIDB bantu kontraktor dan penggiat industri pembinaan

KUALA LUMPUR, 8 Mei - 9 inisiatif diperkenal bagi membantu mengurangkan beban kontraktor dan penggiat industri pembinaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Kerajaan menerusi Lembaga Industri Pembinaan Malaysia- CIDB melaksana inisiatif itu untuk tempoh jangka masa pendek dan jangka panjang.

Menteri Kanan Infrastruktur, Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan perkara itu menerusi satu kenyataan media.

Antara inisiatif itu termasuk, kelonggaran syarat pendaftaran kontraktor; penangguhan bayaran levi untuk projek swasta; penangguhan yuran latihan kompetensi kemahiran; serta yuran Penilaian Kompetensi Kemahiran untuk pekerja tempatan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.