Monday, December 16, 2019
updated 5:49 AM UTC, Dec 16, 2019

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Dr Zahid cabar SPRM, AMLATFA

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Perdana Menteri Datuk Seri, Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mencabar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan pihak pembelaan bersifat pra-matang, kerana perbicaraan belum bermula, justeru tidak wajar pihak pembelaan membuat andaian terlalu awal.

Tambah Collin, sekiranya wujud ketidakpuasan hati pasukan pembelaan berkenaan bukti, pihak pembelaan boleh mengemukakan semasa perbicaraan.

Ini bermakna kes Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga presiden UMNO berdepan 47 pertuduhan melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi diteruskan pada petang ini.

Prosiding akan bermula dengan pembacaan pernyataan pembukaan kes.

Sebelum ini media melaporkan bahawa pendakwaan akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan terbabit.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran mewakili pendakwaan manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik mewakili Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.