Monday, December 16, 2019
updated 4:56 AM UTC, Dec 16, 2019

Kerajaan negeri diminta pertimbang lanjut tempoh tanah TOL

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyeru kerajaan negeri mempertimbangkan tempoh Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi tanah pertanian dilanjutkan antara lima hingga 10 tahun.

Timbalan Menterinya Sim Tze Tzin berkata usaha itu diharap mampu membantu petani yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran untuk meningkatkan pengeluaran.

Tambahnya pemanjangan tempoh sewa tanah TOL mampu memberi petani untuk melabur dalam sistem perparitan dan teknologi pertanian untuk menambah hasil tani.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen.

Pada isu lain, kementerian telah melakukan langkah pemutihan kepada syarikat yang tidak memperbaharui lesen Permit Kelulusan (AP) bagi import kubis bulat secara telus, penambahan SOP , serta pelaksanaan jawatankuasa anti rasuah dan intergriti GIACC dan mengekang penyertaan pihak ketiga dalam pembekalan dan mengawal kenaikan harga kobis.