Logo

COVID-19: Satu lagi kluster baharu libatkan pengawal keselamatan

PUTRAJAYA, 7 Mei -Kementerian Kesihatan mengenal pasti satu kluster melibatkan pengawal dan anggota keselamatan sebuah pusat beli-belah di Cheras.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ; sehingga 12 tengahari tadi, sepuluh kes positif COVID-19 dilaporkan melibatkan kluster ini terdiri daripada sembilan warga Nepal dan seorang rakyat tempatan.

Setakat ini, 436 orang telah disaring dengan sepuluh kes didapati positif, 347 negatif dan 79 orang masih menunggu keputusan.

Dalam perkembangan COVID-19; sebanyak 74 kes telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 4,776 kes.

Manakala, terdapat 39 kes baharu telah dilaporkan, sekaligus menjadikan jumlah kes positif adalah 6,467 kes.

Selain itu, tiada kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian kekal 107.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.