Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

KPM tidak tetap dasar halang tetamu kenamaan hadir program di sekolah

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah menetapkan sebarang dasar yang menghalang ahli parlimen kerajaan atau pembangkang, menghadiri prorgam anjuran di sekolah.

Bagaimanapun, jemputan tersebut perlu dimaklumkan kepada Pengarah Pendidikan Negeri terlebih dahulu.

Jelas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 3 2008 menyatakan setiap program anjuran pihak sekolah perlu mencapai matlamat sebenar yang ditetapkan.

Dan memberi keutamaan kepada Menteri Pendidikan dan Timbalannya; Ketua Setiausaha kementerian, Ketua Pengarah,Pengarah Pendidikan Negeri atau wakil untuk menghadiri sesuatu program yang dianjurkan.

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan wakil Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Manakala diperingkat institusi pengajian tinggi, sebarangan undangan dan penggunaan premis perlu mendapat kebenaran Timbalan Naib Canselor Universiti selari kuasa autonomi yang diberikan kepada pihak Universiti Awam untuk membuatkan keputusan berdasarkan pertimbangan sewajarnya.