Monday, December 16, 2019
updated 4:56 AM UTC, Dec 16, 2019

Kerajaan tidak bercadang bina hospital di Rakhine

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui misi bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak bercadang untuk menubuhkan Hospital Medan di wilayah Rakhine, Myanmar berikutan ia memerlukan proses diplomatik yang kritikal dengan kerajaan negara itu.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong berkata Hospital Medan di Cox's Bazar Bangladesh, akan dilanjutkan tempoh operasi sehingga Disember 2021 menerusi persetujuan jemaah menteri pada 2 Oktober lalu.

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman mengenai rancangan membuka sebuah lagi Hospital Medan di wilayah Rakhine, Myanmar.

Terdahulu, Hospital Medan yang dibangunkan sejak 2017 lalu di kem pelarian Rohingya Cox Bazaar telah membantu merawat lebih 81 ribu kes perubatan.