Monday, May 25, 2020

updated 12:38 PM UTC, May 25, 2020

26 penduduk terpaksa berpindah selepas kediaman ditenggelami air

  • Published in Nasional

 

KEDAH, 27 April - Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan 26 penduduk daripada 4 buah keluarga dari Kampung Cherok Meranti di Daerah Bandar Baharu, Kedah terpaksa berpindah ke kawasan lebih selamat selepas kediaman mereka ditenggelami air.

Yang nenyedihkan, musibah melanda ketika penduduk sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan Pertahanan Awam Abdul Rahim Khairuddin berkata, hujan lebat menyebabkan air naik mendadak di kawasan hulu Gunung Pongsu.

Air mencecah 0.3 meter menyebabkan 4 buah rumah penduduk yang terletak di kawasan rendah ditenggelami banjir

Bimbang sesuatu yang buruk mungkin berlaku, pihak berkuasa membuat keputusan untuk memindahkan kesemua penduduk terlibat ke Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu.

Operasi memindahkan penduduk turut melibatkan Polis, Bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pemimpin setempat.

Jelas Leftenan Pertahanan Awam Abdul Rahim, berdasarkan pemantauan yang dilakukan , paras air mulai surut secara perlahan-lahan.

Bagaimanapun kesemua penduduk tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.