Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Program 'Zero Hunger'bantu rakyat terjejas ketika PKP

  • Published in Nasional

 

KUALA LUMPUR, 27 April - Orang ramai boleh memohon secara dalam talian bagi mendapatkan bantuan makanan di bawah program Zero Hunger sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, PKP.

Setakat ini, ia telah menerima lebih 90 ribu permohonan sejak PKP Tahap Satu dikuatkuasakan di negara ini.

Penganjur program, Malakat Mall dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM berjaya membantu 6 ribu 700 isi rumah di seluruh negara.

Permohonan secara dalam talian boleh dibuat menerusi Sadakah Market dot Com atau aplikasi Zero Hunger.

Penganjur menyambut baik jika masih ada badan bukan kerajaan N-G-O yang mahu bekerjasama bagi mengagihkan bantuan makanan kepada rakyat terjejas.