Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

PKP: Tarikh pergerakan akan ditetapkan selepas prosedur operasi standard diputuskan

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 27 April - Tarikh pergerakan orang awam merentas negeri yang dibenarkan hanya akan ditetapkan selepas mekanisme pelaksanaan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) diputuskan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, permohonan pergerakan yang dibuka sehingga 1 Mei ini sebelum kelulusan dipertimbang dan selepas SOP diputuskan.

Jelas Datuk Seri Ismail Sabri, SOP akan dibincang bersama, Majlis Keselamatan Negara bersama Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia.

Ia akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet Khas menteri untuk diluluskan.

Tambah Datuk Seri ismail, cadangan membenarkan pergerakan dari bandar ke kampung, untuk kes-kes tertentu, termasuk ibu bapa yang terpisah dengan anak-anak akan turut diperhalusi.