Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Pesakit pulih COVID-19 diberi kaunseling, elak jangkitan semula

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 26 April - Semua pesakit yang telah pulih dan dibenarkan pulang akan diberi kaunseling terlebih dahulu sebelum didiscaj untuk melindungi mereka daripada dijangkiti semula COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham bagaimanapun mengesahkan, setakat ini tiada kes jangkitan semula pesakit yang telah sembuh di negara ini.

Sehubungan itu langkah memberi nasihat tersebut diambil sebagai usaha pencegahan, selain penjagaan kebersihan oleh individu terlibat untuk mengelak jangkitan kedua.

Beliau mengulas kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam, bahawa tiada bukti kukuh mereka yang sembuh daripada COVID-19 dan mempunyai antibodi terhadap virus tersebut yang dikenali sebagai SARS-CoV-2, dapat melindungi mereka daripada jangkitan kali kedua.

Ini kerana sehingga Sabtu lalu, belum ada kajian yang menilai kehadiran antibodi SARS-CoV-2 boleh menjadikan manusia kebal untuk dijangkiti semula.