Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Cadangan "Project Restart" bagi saingan EPL, dijangka berlangsung tanpa kehadiran penonton

  • Published in Sukan

SUKAN, 26 April - Liga Perdana Inggeris (EPL) sedang mempertimbang kemungkinan untuk menyambung musim ini yang tergendala susulan penularan pandemik COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Menurut agensi berita AFP yang memetik laporan akhbar harian Britain, The Times, EPL dijangka akan bermula kembali pada 8 Jun dengan saingan dijadual berakhir pada 27 Julai.

Akhbar itu memaklumkan, pengurusan tertinggi EPL berkongsi idea mereka berhubung 'Project Restart' dengan pemegang saham minggu lalu.

Ini termasuk dengan membenarkan kehadiran ke stadium sehingga maksimum 400 orang termasuk media dan mestilah diuji negatif terhadap Covid-19.

Saingan tersebut mempunyai baki 92 lagi perlawanan sejak ia digantung pada 13 Mac lalu.

Perbincangan turut mencadangkan 22 Ogos sebagai tarikh permulaan kempen 2020/2021.