Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Sistem giliran berbuka puasa, anggota polis bukan Islam bantu kawalan

  • Published in Berita Semasa

BALIK PULAU, 26 April - Sistem giliran juga membolehkan anggota polis serta tentera yang beragama Islam berbuka puasa dengan selesa.

Di Pulau Pinang, 39 anggota polis Daerah Barat Daya yang bukan Islam melakukan sekatan jalan raya ketika berbuka puasa.

Mereka melakukan giliran mulai Jumaat lalu daripada 915 anggota yang terlibat dalam sekatan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden A.A.Anbalagan berkata, langkah itu diambil bagi membolehkan anggota beragama Islam berasa selesa ketika bertugas sepanjang Ramadan.

Sehingga kini, 168 orang termasuk 59 warga asing ditahan di daerah Barat Daya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.