Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah peringkat kebangsaan Sabtu ini

  • Published in Nasional
Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Majlis sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah/2019 Peringkat Kebangsaan, akan diadakan pada Sabtu ini (9 Nov) di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 7 pagi.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim memaklumkan 8,000 peserta terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan serta pelajar institusi pengajian tinggi, dan sekolah akan menyertai perarakan bersempena sambutan itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dijangka berangkat menyempurnakan majlis yang dijadual turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Kemuncak sambutan tahun ini bertemakan ‘Negara Rahmah Ummah Sejahtera’, ialah penyampaian anugerah kepada seorang penerima Anugerah Perdana dan empat penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.

Penerima Anugerah Perdana akan menerima wang tunai berjumlah RM50,000 serta trofi dan sijil penghargaan, manakala empat lagi penerima Anugerah Maulidur Rasul akan menerima wang tunai RM20,000 serta trofi dan sijil penghargaan.