Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

7 empangan di Selangor diwartakan

  • Published in Nasional

SHAH ALAM - Tujuh buah empangan di negeri Selangor telah diwartakan di bawah Seksyen 48, Enakmen Lembaga Urus Air Selangor, LUAS 1999.

Sebanyak 413 batang sungai daripada 1026 batang sungai turut melalui proses pewartaan di bawah peruntukan sama.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, pewartaan ini dilaksanakan bagi melindungi sungai dan rizab sungai daripada gangguan kepada kuantiti, kualiti dan persekitarannya.

kerajaan negeri melalui LUAS dan pengurusan Air Selangor juga katanya telah membangunkan beberapa stesen telemetri kualiti air di hulu dari muka sauk sebagai sistem amaran awal kepada muka sauk bekalan air jika berlakunya pencemaran di hulu.

Jawatankuasa Pemuliharaan sungai-sungai negeri Selangor juga diwujudkan yang dipengerusikan exco infrastruktur dan kemudahan awam bagi mempergiatkan usaha dan menggalakkan penglibatan agensi, komuniti, NGO dan pihak berkepentingan dalam aktiviti.

Loy Sian berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Mohd Shamsudin Lias, BN Sungai Burong berhubung langkah diambil kerajaan negeri untuk menggelakkan pencemaran sungai berulang pada masa hadapan.

Loy Sian berkata, pada 1 Oktober lalu, pihaknya telah menghantar surat kepada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklam bagi mencadangkan penambahbaikan terhadap Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekitar Sekeliling berkaitan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.