Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Permintaan bekalan makanan Yayasan Food Bank Malaysia meningkat 200%

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 26 April - Permintaan bagi bekalan makanan yang diterima Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) meningkat lebih 200% sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Wahab Long berkata, pertambahan tersebut melibatkan bekalan makanan kepada 65 ribu pelajar yang terkandas di 195 Institut Pengajian Tinggi, petugas barisan hadapan dan rakyat yang terputus bekalan makanan.

Meskipun berdepan permintaan di luar jangkaan, stok bekalan makanan tidak putus dan proses pengagihan berjalan lancar hasil kerjasama YFBM dengan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat makanan dan minuman.

Tambahnya, YFBM dan rakan strategik mempunyai Prosedur Operasi Standard yang ketat ketika menguruskan makanan.

Ia termasuk langkah pencegahan COVID-19 dan memastikan bekalan makanan yang akan diedar selamat untuk dimakan.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia, di Angkasapuri.