Wednesday, November 20, 2019
updated 12:35 PM UTC, Nov 20, 2019

Kawalan sempadan Malaysia-Thailand diperketat susulan serangan di Yala

  • Published in Nasional

TUMPAT - Pihak berkuasa mempertingkat kesiapsiagaan di sempadan Malaysia-Thailand, susulan serangan menyebabkan 15 kematian di wilayah Yala.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan tidak menolak kemungkinan, suspek yang terbabit dalam serangan itu akan cuba meloloskan diri ke negara ini.

Justeru, arahan agar kawalan dan pengawasan kepada Ketua Polis Daerah berhampiran sempadan telah dikeluarkan dalam berdepan sebarang kemungkinan.

Datuk Hasanuddin sebelum itu merasmikan Penutupan Kursus Asas Pengendali Bot Enjin Sangkut Peringkat Kontinjen Kelantan di Pengkalan Kubor.

Sekurang-kurangnya 15 terbunuh, manakala empat sukarelawan cedera selepas puak pemisah menyerang pos kawalan keselamatan di selatan Thailand.

Serangan itu yang terbesar tahun ini.