Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Peniaga makanan perlu ambil suntikan vaksin anti-tifoid

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 26 April - Peniaga makanan perlu mengambil suntikan vaksin anti-tifoid bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit ketika mengendalikan makanan.

Perkara itu mesti diberi perhatian oleh penyedia dan peniaga makanan secara kecil-kecilan atau peniaga e-bazar khususnya pada bulan Ramadan.

Pakar Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Mohazmi Mohamed menegaskan, peniaga perlu bertanggungjawab dan tidak memandang remeh tentang pengambilan vaksin tersebut.

Bagi peniaga yang pernah mengambil vaksin anti-tifoid, mereka perlu mengambil semula suntikan tersebut selepas 3 tahun jika masih meneruskan perniagaan makanan.

Dr. Mohazmi bercakap kepada RTM selepas menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.