Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Wanita parah kereta terbabas

  • Published in Nasional

SERDANG, 26 April - Seorang wanita cedera parah selepas kereta yang dipandu terbabas dalam kemalangan di Jalan Air Putih, Serdang, Kedah petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam kenyataannya memaklumkan, mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah lori sebelum terbabas di kawasan belukar.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera parah di bahagian kaki kanan kerana tersepit.

Seorang kanak-kanak lelaki yang turut berada dalam kenderaan tersebut, dipercayai anak mangsa, tidak mengalami sebarang kecederaan.

6 anggota bomba dan penyelamat Serdang, bagaimanapun berjaya mengeluarkan mangsa dan dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan.