Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Kandungan industri kreatif eksport menguntungkan, jana lebih 11,000 pekerjaan melalui 345 syarikat berstatus MSC

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Berucap pada Konvokesyen ASWARA Ke-15 itu, Perdana Menteri berkata kandungan industri kreatif mampu menjadi eksport yang boleh menguntungkan negara, jika produk seperti filem dan animasi yang dihasilkan berkualiti.

Industri kreatif kini sektor yang berkembang maju dengan memiliki 345 syarikat berstatus MSC Malaysia, di bawah kluster Kandungan Kreatif dan Teknologi sehingga 31 Mac lepas.

Kewujudan syarikat-syarikat itu telah menyediakan 11,471 peluang pekerjaan.

Nilai jualan dicatat ialah RM7.69 bilion dengan nilai eksport RM1.4 bilion tahun lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata aspek Seni dan budaya memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan jatidiri masyarakat.

Ia perlu diberi perhatian sewajarnya kerana ia merupakan tunjang kepada identiti negara dan penyumbang kepada perkembangan tamadun sesuatu bangsa.