Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Patuhi Prosedur Keselamatan Elak Kebocoran Rahsia Kerajaan - KSN

PUTRAJAYA  - Penjawat awam disaran mematuhi prosedur keselamatan serta memberi penekanan sewajarnya terhadap pengurusan keselamatan bagi mengelakkan sebarang kebocoran maklumat rasmi atau rahsia kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

"Ia adalah penting untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan komunikasi tidak terjejas dengan ancaman siber seperti spamware dan malware.

"Pembudayaan pengurusan keselamatan di setiap agensi kerajaan merupakan satu teras kesempurnaan integriti perkhidmatan awam," katanya.

(Sumber - Bernama)