Wednesday, September 20, 2017
vital-top
updated 4:01 PM UTC, Sep 20, 2017

Pelajar IPT Ditahan Buang Mayat Bayi Dalam Longkang

KUANTAN - Polis menahan seorang pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi di sini berhubung kes penemuan mayat bayi lelaki di dalam longkang berhampiran Klinik Desa Bukit Sagu, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian pukul 4 petang itu, suspek ke Pondok Polis Bukit Goh dengan membawa mayat bayi berkenaan yang diletakkan di dalam plastik berwarna biru dan dibalut dengan surat khabar serta masih bertali pusat.

Berikutan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita berkenaan berusia 27 tahun yang merupakan kakitangan sebuah jabatan kerajaan negeri.

 

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

ACP Abdul Aziz berkata siasatan awal polis turut mendapati punca kematian bayi berkenaan adalah akibat kelahiran pramatang.

((BERNAMA))