Friday, July 28, 2017
vital-top
updated 4:09 AM UTC, Jul 28, 2017

Pemilik Kesal JPV Lewat Maklumkan Punca Kematian Anjing Peliharaan

TAIPING - Pemilik anjing yang mati kerana positif rabies di Kuala Sepetang melahirkan kekesalan terhadap Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak kerana lewat memaklumkan punca sebenar kematian haiwan peliharaannya itu kepadanya.

Wanita itu yang hanya ingin dikenali sebagai Ooi, 40, berkata sebaliknya dia sekeluarga mengetahui perkara tersebut daripada rakannya yang menonton siaran berita semalam. 

Katanya JPV menghubunginya semalam dan memberitahu akan datang ke rumahnya hari ini untuk memaklumkan perkara itu.

Anjing itu mati pada 13 Julai lepas, lapan hari setelah menggigit dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun dengan seorang daripadanya adalah anak Ooi sendiri.

 

Sumber : BERNAMA