Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

JPJ Negeri Sembilan Tidak Terima Kes Kenderaan Dirosakkan

SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian kenderaan pengguna dirosakkan kumpulan penunda kereta dan bengkel kenderaan sepanjang musim perayaan ini.

Pengarahnya Azrin Borhan berkata bagaimanapun pihaknya mengambil serius perkara itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ia dikesan berlaku.

Azrin berkata demikian susulan terdapat dakwaan wujudnya kumpulan penunda kereta dan bengkel kenderaan yang berkomplot merosakkan kenderaan pengguna bagi mengaut keuntungan segera.

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini yang menyifatkan tindakan merosakkan kenderaan pengguna jalan raya sebagai satu jenayah.

 

Sumber : BERNAMA