Wednesday, September 20, 2017
vital-top
updated 4:01 PM UTC, Sep 20, 2017

Perjawatan Anggota Polis Di Bagan Datuk Disegerakan

TELUK INTAN - Perjawatan anggota polis untuk ditempatkan di daerah Bagan Datuk akan disegerakan bagi mewujudkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk, kata Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan.

Beliau berkata pengambilalihan tanah seluas enam hektar sebagai tapak IPD itu telah selesai dan kerja-kerja pembinaan akan dijalankan tidak lama lagi.

Buat masa sekarang anggota di Balai Polis Hutan Melintang dan Balai Polis Bagan Datuk akan ditambah bagi memenuhi keperluan penugasan sementara menunggu IPD Bagan Datuk siap.

Beliau ditemui ketika berucap pada majlis serah terima tugas ketua polis daerah Hilir Perak.

 

Sumber : BERNAMA