Friday, July 28, 2017
vital-top
updated 4:09 AM UTC, Jul 28, 2017

Kadar Kemiskinan Di Kedah Catat 2.23 Peratus

SIK - Usaha kerajaan negeri melaksanakan pelbagai program meningkatkan taraf hidup rakyat memberikan impak positif apabila kadar kemiskinan di negeri ini mencatatkan peratusan rendah iaitu 2.23 peratus setakat 17 Mei lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata seramai 22,260 orang atau 70.15 peratus telah keluar daripada garis kemiskinan.

Mengulas lanjut, Mohd Tajudin berkata mesyuarat fokus kumpulan daerah yang dipengerusikan pegawai daerah diadakan setiap bulan bagi membincangkan isu kemiskinan penduduk dalam usaha mengenal pasti golongan memerlukan yang perlu dibantu kerajaan negeri. 

 

Sumber : BERNAMA