Wednesday, May 27, 2020

updated 8:43 AM UTC, May 27, 2020

RTM genap 74 tahun esok, sumber rujukan utama masyarakat dapatkan maklumat sahih

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Seiring pengiktirafan jenama media paling dipercayai di Malaysia, peranan sebagai medium maklumat rasmi utama negara akan terus dimainkan RTM.

Sumbangan stesen yang menginjak usia 74 tahun ini kekal signifikan dan terserlah ketika berdepan peristiwa-peristiwa penting negara.

Terbaharu, RTM selaku penyalur informasi utama mengenai penularan COVID-19, jelas menjadi sumber rujukan pilihan masyarakat.

RTM yang dikenali sebagai Radio Malaya pada 1946, kini merangkumi 5 saluran TV dan 34 stesen radio, selain platform media baharu secara dalam talian.

Fungsi dan objektif utama kesemua medium ini kekal serupa, iaitu sebagai penyampai mesej-mesej kerajaan kepada rakyat.

Jelas sekali, kepelbagaian segmen berinformatif menerusi setiap saluran RTM menjanjikan laporan yang tepat dan sahih.