Wednesday, May 27, 2020

updated 9:43 AM UTC, May 27, 2020

Dr Jemilah dilantik sebagai Penasihat Khas kesihatan awam Perdana Menteri

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 31 Mac - Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kesihatan awam.

Beliau bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri mengenai dasar dan inisiatif berkaitan bidang kesihatan.

Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri, Pelantikan beliau adalah berdasarkan pengalaman luas dalam bidang perubatan dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kemanusiaan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Tan Sri Dr Jemilah sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia, MERCY Malaysia dan Setiausaha Bahagian Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Pada 2019, beliau dipilih sebagai pemenang ASEAN Prize 2019 yang mengiktiraf pencapaian individu atau organisasi dalam memupuk identiti dan semangat serantau ke arah pembangunan Komuniti ASEAN menjelang 2025.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam Bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.