Wednesday, May 27, 2020

updated 9:43 AM UTC, May 27, 2020

Lebih 4,000 rakyat Malaysia masih terkandas di 56 negara

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 31 Mac - 4,374 rakyat Malaysia dilapor masih terkandas di 56 buah negara berikutan pembatalan penerbangan akibat penularan Covid-19.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, paling ramai di India dengan 2,156 orang.

Sehingga hari ini, 3,201 warga Malaysia yang terkandas di luar negara telah berjaya dibawa pulang.

Terbaharu, seramai 144 rakyat Malaysia tiba dari Myanmar menggunakan pesawat khas Malaysia Airlines pada pukul 3.50 petang.

Usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan dengan sumbangan parti politik dan pihak swasta.

Sementara itu, bagi negara yang tidak menyarankan pelajar asing pulang ke negara masing-masing, Kementerian Luar menerusi perwakilan pelajar dan agensi terlibat, sentiasa mendapatkan perkembangan terkini pelajar Malaysia dan memberi perhatian sewajarnya.