Wednesday, May 27, 2020

updated 8:43 AM UTC, May 27, 2020

Pusat jualan barangan segar terkawal dibuka di 97 lokasi

  • Published in Nasional


PUTRAJAYA, 31 Mac
- Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal di 97 lokasi seluruh negara akan dibuka, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan makanan terutama barangan basah, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kebenaran yang diberi kerajaan kepada FAMA itu bagi mengurangkan kesesakan pembeli di pasar-pasar basah.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, Prosedur Operasi Standard (SOP) kesemua pusat jualan tersebut akan dipastikan mematuhi panduan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Lokasi Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal yang telah dikenal pasti merangkumi 10 Pasar Tani terpilih, 33 Pasar Tani kekal, 17 Pusat Operasi FAMA, 3 MyFarm Outlet, 34 Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan serta kompleks jabatan dan agensi bersesuaian.

Ia akan beroperasi setiap hari mulai pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang.

Pusat-pusat jualan berkenaan juga sekaligus membuka jalan kepada petani dan penternak yang terkesan akibat COVID-19, untuk memasarkan hasil masing-masing terutama semasa PKP dikuat kuasa.