Wednesday, May 27, 2020

updated 9:43 AM UTC, May 27, 2020

YDP Agong dan Raja Permaisuri berkenan tidak dibayar Emolumen Diraja

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama 6 bulan mulai Mac.

Menerusi Kenyataan media Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan, baginda berdua berkenan membantu meringankan beban kerajaan menangani pandemik COVID-19.

Ia juga dibuat sebagai tanda sokokngan terhadap pemotongan 2 bulan gaji jemaah menteri.

Sementara itu, sempena Hari Doktor semalam, pasangan diraja itu turut menzahirkan penghargaan kepada petugas kesihatan yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab.

Yang di-Pertuan Agong juga menzahirkan harapan agar rakyat terus berdoa supaya pandemik itu berakhir segera.