Wednesday, May 27, 2020

updated 8:43 AM UTC, May 27, 2020

Misi bantuan pertama untuk masyarakat Orang Asli

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 31 Mac - RM168,000 diagih kepada masyarakat Orang Asli hasil kutipan Tabung Musaadah COVID-19.

Ia merupakan sebahagian daripada misi agihan sumbangan yang mula dilakukan semalam.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sumbangan pertama untuk komuniti Orang Asli itu diagih ke 42 lokasi sekitar Pahang dan Perak.

Ia diselaras Penggerak Masyarakat Orang Asli, JAKIM dengan kerjasama Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri.

Setakat ini, Tabung Musaadah COVID-19 JAKIM berjaya mengumpul RM1.5 juta.

Beliau ditemui selepas melepaskan kumpulan Misi Bantuan tabung itu di Putrajaya.