Friday, July 10, 2020

updated 10:55 AM UTC, Jul 10, 2020

Tipu jual penutup muka dan hidung, orang ramai rugi RM40,000

  • Published in Berita Semasa

IPOH, 31 Mac - 48 kes penipuan penjualan penutup muka dan mulut dengan kerugian hampir RM40,000 dilapor berlaku di Perak.

Semua kes itu melibatkan urus niaga secara dalam talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataannnya memaklumkan, suspek dipercayai memperdaya mangsa dengan menawarkan harga murah.

Sebaik pembayaran diterima, suspek menghilangkan diri.

Kes dirujuk mengikut Sekseyn 420 kanun keseksaan kerana menipu.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya.