Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Tun M yakin, hubungan akrab yang sedia terjalin antara Kuala Lumpur dan Jakarta terus diperkukuh demi kesejahteraan dan kemakmuran negara dan rakyat bersama

  • Published in Nasional

JAKARTA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin, hubungan akrab yang sedia terjalin antara Kuala Lumpur dan Jakarta terus diperkukuh demi kesejahteraan dan kemakmuran negara dan rakyat bersama.

Laporan wartawan Nur Zean Ibrahim berhubung signifikan kehadiran Tun Dr Mahathir di Jakarta bagi majlis angkat sumpah Presiden Indonesia yang diadakan semalam.

Pesawat khas membawa Seri Paduka berdua mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 5.28 petang waktu tempatan atau 4.28 petang waktu Malaysia.

Ketibaan Seri Paduka baginda disambut Duta Malaysia ke Jepun, Dato' Kennedy Jawan dan isteri, Datin Josephine Anak Dagang serta Wakil Kementerian Luar Negeri Jepun.

Menurut Kenyataan Wisma Putra, lawatan khas itu merupakan lawatan pertama Seri Paduka berdua selepas Al-Sultan Abdullah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lalu.

Tengah hari esok, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijadual berangkat menghadiri Majlis Pertabalan Maharaja Jepun ke-126, Maharaja Naruhito di Istana Imperial, Tokyo.

Naruhito dilantik sebagai Maharaja Jepun pada 1 Mei lalu, iaitu sehari selepas bapanya, Maharaja Emiritus Akihito turun takhta.