Logo

MTC lancar dana bantuan kemanusiaan Covid-19

TERENGGANU, 31 Mac - Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) melancarkan Dana Bantuan Kemanusiaan COVID-19 dengan kerjasama 7 persatuan serta lebih 100 syarikat perkayuan.

Langkah berkenaan bagi meringankan beban kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

MTC menyasarkan kutipan RM1 juta dan sehingga hari ini, sebanyak RM895,550 berjaya dikumpul.

Melalui kenyataan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, sumbangan diserahkan Pengerusi MTC, Datuk Low Kian Chuan kepada menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di Terengganu.

Sumbangan disalur bagi membekalkan keperluan terutamanya kepada Kementerian Kesihatan, juga jabatan serta agensi barisan hadapan.

MTC akan meneruskan kutipan dana sehingga mencapai sasaran RM1 juta.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.