Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Peningkatan kadar bunuh diri terutamanya di kalangan remaja, kerajaan akan kaji semula akta berkaitan cubaan bunuh diri

  • Published in Nasional

SERENDAH - Kerajaan akan mengkaji semula peruntukan undang-undang berkaitan bunuh diri yang terkandung dalam Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, usaha menyeluruh dijalankan bagi membendung kes seumpama yang menunjukkan peningkatan.

Untuk tujuan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata perbincangan dengan beberapa agensi berkaitan isu kesihatan mental akan terus diadakan.

Beliau ditemui di Serendah, Selangor.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Nasional mendapati kadar kecenderungan untuk bunuh diri di kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun meningkat daripada 7.9 hingga 10% dari 2012 hingga 2017.

Sebelum ini, Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan isu bunuh diri diberi perhatian dan dikeluarkan daripada kesalahan jenayah.