Friday, July 10, 2020

updated 10:55 AM UTC, Jul 10, 2020

Pelajar antara tiga pesalah dihadapkan ke mahkamah, ingkar PKP

  • Published in Jenayah

MARANG, 30 Mac - Seorang pelajar berusia 17 tahun antara 3 pesalah yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang, Terengganu setelah didapati melanggar PKP.

8 remaja lain yang berhimpun di gelanggang sepak takraw Kampung Sungai Kerak, Marang 26 Mac lalu, kini diburu polis.

Hukuman ke atas remaja berkenaan ditetapkan pada 13 Jun depan, bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dia dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bersama seorang penjamin.

Turut dihadap ke mahkamah, seorang lelaki berusia 39 tahun dari Kampung Alor Tuman yang ditahan sewaktu beriadah di gelanggang bola tampar selain seorang peniaga ayam.

Masing-masing didenda maksimum RM1,000 atau 3 bulan penjara.