Friday, July 10, 2020

updated 12:51 PM UTC, Jul 10, 2020

844 kes positif Covid-19 di Singapura setakat ini

  • Published in Berita Dunia

SINGAPURA, 30 Mac - 42 lagi kes baharu Covid-19 dikesan di Singapura, menjadikan jumlah keseluruhan 844 kes di republik itu.

3 pesakit meninggal dunia di Singapura akibat komplikasi yang berpunca daripada jangkitan Covid-19 pada 21 Mac lalu.

Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan, daripada 42 kes itu, 24 adalah kes import yang mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, ASEAN dan beberapa negara Asia.

2 daripada kes import membabitkan rakyat Malaysia, masing-masing seorang lelaki berusia 69 tahun dan wanita berumur 68 tahun, yang pernah melancong ke United Kingdom.

Menurut kementerian itu, kluster baharu telah dikenal pasti dengan 3 kes disahkan berkaitan dengan majlis perkahwinan di Jalan Industri Yishun.

Daripada 423 kes disahkan yang masih berada di hospital, kebanyakannya adalah stabil manakala 19 lagi dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi.

Singapura juga telah mengenal pasti 11,779 kontak rapat dan daripada jumlah itu, 4,178 sedang dikuarantin.