Logo

Kerajaan nafi dakwaan bekalan makanan tiada dalam tempoh terdekat

 

KOTA BHARU, 30 Mac - Timbalan Menteri, Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menafikan dakwaan bahawa akan berlaku ketiadaan bekalan makanan dalam tempoh 2-3 bulan akan datang.

Jelasnya, bekalan makanan dalam negara mencukupi untuk satu tempoh panjang, justeru rakyat tidak perlu bimbang.

Dalam situasi semasa negara dilanda Covid-19, rakyat diminta tidak mengambil kesempatan dan memberi kerjasama penuh.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja ke Pusat Transformasi Luar Bandar, Tunjong, Kota Bharu.

Beliau turut menegaskan bahawa bekalan beras negara masih mencukupi untuk jangka masa panjang, hasil tinjauan di kilang-kilang.

Kerajaan juga sentiasa berusaha untuk menambah bekalan termasuk mengimport beras dari negara luar seperti Vietnam, Thailand, India dan Pakistan.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.