Logo

Jumlah kematian Covid-19 dalam negara meningkat kepada 35

 

PUTRAJAYA, 30 Mac - 1 lagi kes kematian akibat COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 8 orang semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, ia menjadikan jumlah kematian keseluruhan kepada 35 kes.

Terdapat 68 kes telah pulih dan dibenar keluar hospital, menjadikan jumlah terkumpul pulih sepenuhnya sebanyak 388 kes.

Kes kematian ke-28 melibatkan wanita berumur 91 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Begitu juga dengan kes kematian ke-29, wanita berumur 64 tahun.

Manakala kes kematian ke-30 dan ke-31, lelaki berumur 76 tahun dan 27 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Kes kematian ke-32 juga lelaki, berumur 50 tahun, mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan merupakan peserta perhimpunan Seri Petaling.

Manakala kes kematian ke-33, lelaki berumur 37 tahun dan ada sejarah perjalanan ke India.

Kes kematian ke-34, lelaki berumur 77 tahun, mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga terlibat.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.